Harap maklum: kempen ini khusus untuk pelanggan akaun Standard USD, US Cent atau Standard EUR, EUR Cent yang telah dibuka mulai 15 Jun 2016 dan tidak termasuk akaun MT5. Leverage maksimum untuk akaun yang didaftarkan untuk kempen adalah 1: 200, dan tahap Stop Out akan diaktifkan apabila tahap Margin kurang dari 100%.

  1. Setiap Pelanggan InstaTrading layak untuk menerima bonus sebanyak 55% dari jumlah yang didepositkan ke dalam akaun perdagangan. Bonus 55% akan dikreditkan dalam tempoh kempen yang dinyatakan dalam laman web Syarikat, tetapi tidak lebih dari satu minggu setelah pendepositan dibuat. Bonus hanya boleh dikreditkan untuk dana yang tersedia di dalam akaun semasa proses permohonan bonus.
  2. Bonus 55% tidak akan dikreditkan ke dalam akaun yang sudah menerima bonus jenis lain. Untuk menerima Bonus 55%, Pelanggan perlu membuka akaun baru dan menerima terma dan syarat Perjanjian ini. Pelanggan juga tidak dikenakan had untuk mempunyai seberapa banyak bilangan akaun dengan Bonus 55%.
  3. Pelanggan berhak menerima Bonus 55% untuk setiap deposit. Bonus dikira berdasarkan perbezaan di antara deposit dan pengeluaran.
  4. Pelanggan bersetuju bahawa sebarang pengeluaran yang menyebabkan jumlah keseluruhan dana bonus (termasuk bonus yang dibatalkan) melebihi 55% dari margin bebas dalam akaun dagangan, tertakluk kepada pembatalan sebahagian bonus yang menyamai perbezaan di antara nilai-nilai ini. Untuk mengelakkan pembatalan bonus melebihi jumlah pengeluaran, Pelanggan di nasihatkan untuk tidak melakukan pengeluaran sekiranya jumlah semua bonus dalam akaun melebihi jumlah bonus yang dibenarkan untuk margin bebas dalam akaun perdagangan.
  5. Pelanggan tidak wajib untuk membuat pengesahan identiti sewaktu memohon Bonus 55%. Walau bagaimanapun, Syarikat berhak untuk meminta dokumen pengenalan diri mengikut budi bicara.
  6. Bonus 55% boleh dikeluarkan dengan syarat bahawa jumlah keseluruhan perdagangan BELI atau JUAL yang diselesaikan sama dengan X*6 lot InstaTrading, di mana X adalah jumlah keseluruhan bonus yang diterima, termasuk bonus yang dibatalkan atau sebahagian kerugian. Untuk akaun dalam EUR, jumlah perdagangan dikira mengikut formula berikut: X*6* 1.1 (lot InstaTrading). Hanya boleh mengeluarkan jumlah bonus sepenuhnya, kecuali dana bonus di dalam akaun ketika Stop Out berlaku. Adalah tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian bonus. Untuk mengeluarkan dana bonus dari akaun perdagangan, Pelanggan harus menghantarkan permohonan ke bonus@instatrade.com. Jumlah bonus harus tersedia sepenuhnya di dalam akaun perdagangan semasa pengurus memproses permohonan pengeluaran Pelanggan. Syarikat berhak untuk menolak permohonan pengeluaran bonus tanpa perlu menyatakan alasannya.*
  7. Syarikat berhak untuk membatalkan Bonus 55% tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu. Oleh itu, kami amat mengesyorkan agar anda tidak mengambil kira bonus semasa membuat pengiraan keuntungan strategi perdagangan anda. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang akibat daripada pembatalan bonus termasuk kes Stop Out sebagaimana bonus terakru tetap menjadi milik Syarikat sehingga Pelanggan menggunakan bonus dengan membuka jumlah lot yang diperlukan yang dinyatakan dalam Klausa 6 pada Perjanjian ini**
  8. Keuntungan yang diperoleh dari jumlah Bonus 55% boleh dikeluarkan tanpa sebarang sekatan jika semua syarat Perjanjian dipenuhi, kecuali untuk syarat yang dinyatakan pada Klausa 9
  9. Pelanggan bersetuju bahawa sekiranya Syarikat mengesan sebarang penyalahgunaan program bonus atau jika keuntungan dalam akaun sama dengan jumlah deposit, maka Syarikat boleh membatalkan bonus dan menyelaraskan keuntungan yang diperoleh daripadanya dengan jumlah yang sama dengan jumlah bonus tanpa memberikan notis amaran terlebih dahulu atau menjelaskan alasannya. Pelanggan jelas mengenai kemungkinan risiko yang dinyatakan pada klausa ini
  10. Sekiranya jumlah bonus melebihi AS$2,000 dan lebih 10% daripada dagangan yang dilakukan dengan kurang dari 0.01 lot pasaran (0.1 Lot InstaTrading, contoh, 1 pip adalah hampir bersamaan dengan AS$0.10), bonus tersebut boleh dikurangkan kepada AS$1,000. Sekiranya jumlah bonus melebihi AS$10,000 dan lebih 10% daripada dagangan yang dilakukan dengan kurang dari 0.1 lot pasaran (1 lot InstaTrading, contoh, 1 pip hampir bersamaan dengan AS$1), bonus tersebut boleh dikurangkan kepada AS$3,000.
  11. Syarikat berhak mengikut budi bicaranya untuk mengira dan mengagihkan keuntungan yang diterima dengan menggunakan dana bonus secara berkadaran antara dana sebenar Pelanggan dan dana bonus di dalam akaun. Ini berlaku untuk keuntungan yang diterima dari saat pendaftaran akaun atau dari saat dana bonus dikreditkan ke dalam akaun. Pada masa yang sama, sebahagian daripada keuntungan yang berkadaran dengan jumlah bonus mungkin terhad untuk pengeluaran dari akaun dagangan sehingga Pelanggan mengambil bonus sesuai dengan peraturan yang serupa dengan syarat penggunaan bonus yang ditentukan dalam Perjanjian ini.
  12. Pelanggan bersetuju bahawa jika ekuiti dalam akaun kurang daripada dana bonus semasa, contoh, apabila kerugian semasa melebihi ekuiti Pelanggan, semua dana dalam akaun akan dianggap sebagai dana bonus. Sekiranya Pelanggan membuat pendepositan, dana di dalam akaun akan dikira dan diagihkan antara dana bonus dan ekuiti Pelanggan berkadaran dengan jumlah deposit dan nilai dana bonus sewaktu pendepositan.
  13. Syarikat berhak untuk mengubah atau meminda syarat kempen tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.
  14. Bonus 55% hanya untuk perdagangan dalam Forex. Oleh itu, apabila menggunakan bonus untuk berdagang mata wang kripto dan saham CFD, bonus tertakluk kepada pembatalan.
  15. Bahasa rasmi Perjanjian adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan/percanggahan di antara Perjanjian dalam versi terjemahan dan Bahasa Inggeris, Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai standard rujukan.

* Sekiranya, sebagai tambahan kepada Bonus 55%, akaun yang mempunyai bonus lain perlu diselesaikan, dan juga jika Klausa 11 terpakai pada akaun, jumlah penuh keseluruhan bonus akan tertakluk kepada pengeluaran.

** Klausa 7 ini adalah bertujuan untuk mencegah sebarang aktiviti penipuan yang berkaitan dengan sistem bonus. Namun, penguatkuasaannya tidak bermaksud bahawa semua akaun yang telah dibatalkan bonus oleh pihak Syarikat diakui melanggar peraturan. Dalam beberapa kes, adalah mustahil untuk menentukan dengan jelas fakta pelanggaran peraturan. Terdapat 10% kebarangkalian bahawa kesalahan pembatalan bonus akan berlaku kerana ianya termasuk di dalam usaha untuk membendung penyalahgunaan sistem bonus.