Kontrak semasa ini adalah merupakan perjanjian
tiga pihak, diterima oleh Syarikat dan dua orang pelanggan, salah
seorang daripada mereka berhasrat dan merancang untuk melabur dana ke
dalam akaun pelanggan Syarikat pada masa akan datang untuk tujuan
mendapatkan keuntungan dan memahami risiko kehilangan segala-galanya,
dan manakala pelanggan yang kedua berhasrat dan merancang untuk
menerima pelaburan dari pelanggan lain Syarikat yang akan datang.
- Terma dan definisi
-
Syarikat - Kumpulan Syarikat
InstaTrading, menyediakan platform dagangan InstaTrader dan sistem
penyelesaian di antara pelabur dan pedagang, selepas ini akan
dirujuk sebagai sistem-PAMM.
-
Pedagang - Pelanggan syarikat,
yang berdaftar dalam akaun sistem PAMM sebagai pengurusan amanah
Pedagang dengan tujuan atau dengan niat untuk menerima pelaburan ke
akaun dagangan beliau dan akan menguruskannya bagi pihak pelabur
sendiri dan, di mana dana dilabur melalui sistem akaun-PAMM.
-
Pelabur - Pelanggan Syarikat yang
berdaftar dalam sistem akaun-PAMM sebagai Pedagang dengan tujuan
atau niat untuk melabur dana daripada akaun beliau dalam mana-mana
akaun Pedagang, berdaftar dalam sistem akaun-PAMM.
-
Pemantauan - Laman khusus di
web-laman web rasmi Syarikat, menyediakan ringkasan mengenai
senarai pedagang berdaftar, pautan yang boleh didapati pada akses
terbuka, dan kabinet pedagang pada seksyen-PAMM.
- Syarat Umum.
-
Penerangan sistem akaun-PAMM.
Sistem akaun-PAMM mewakili pakej perisian yang dibangunkan dan
dimiliki oleh Syarikat, yang menyediakan teknikal dan automasi
semua proses pelaburan dana dalam akaun dagangan Syarikat. Sistem
akaun-PAMM menjamin proses automasi berikut:
- Pendaftaran dalam sistem Pelabur;
- Pendaftaran dalam sistem Pedagang;
- Proses pengeluaran dana daripada akaun pelabur untuk tujuan pelaburan ke dalam akaun Pedagang yang dipilih;
- Mengkreditkan dana pelaburan ke dalam akaun Pedagang;
- Pengiraan semua bahagian Pelabur dan Pedagang dalam rangka satu akaun-PAMM;
- Pembayaran semula ke akaun Pelabur mengikut permintaan dalam jumlah yang perlu dibayar;
- Pengeluaran dana daripada akaun Pedagang mengikut pada jumlah permintaan, pada tahap semasa dana yang dibenarkan;
- Pengemaskinian maklumat yang kerap mengenai keadaan akaun Pedagang-PAMM beserta dengan butiran lengkap yang dipaparkan dalam kabinet Pelabur-PAMM
-
Sistem akaun-PAMM secara teknikal
disediakan dalam rangka kabinet pelanggan Syarikat dan mula berkuat
kuasa serta-merta selepas pemilik akaun dagangan menekan pada
pautan Syarikat InstaTrading untuk perkhidmatan Pelabur-PAMM atau
Pedagang-PAMM. Maklumat terperinci mengenai sistem-PAMM teknikal
boleh didapati dalam artikel 6 Perjanjian ini.
-
Sistem akaun-PAMM menyifatkan
pemahaman risiko, yang berkaitan dengan penyelesaian langsung
transaksi di pasaran Forex oleh Pedagang, pada akaun dimana dana
telah dilaburkan, dan juga kemungkinan kekurangan teknikal, yang
berkaitan dengan ketidaksempurnaan platform dagangan atau perisian
sistem-PAMM.
-
Hak dan kewajipan Syarikat. Dalam
rangka Perjanjian semasa ini, Syarikat mengambil ke atas dirinya
hak-hak tambahan dan tugas, yang bertepatan dengan tugas dan hak-hak
yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelanggan, diterima pada pembukaan
akaun dagangan. Semua tugas, yang diterangkan dalam artikel ini,
dijalankan oleh Syarikat dalam keadaan ketiadaan kekurangan teknikal
dari pihak pelayan Syarikat.
-
Peruntukan untuk proses melabur.
Syarikat menjalankan tanggungjawab untuk menjalankan operasi rekod
permintaan untuk dana pelaburan daripada akaun Pelabur-PAMM ke
dalam akaun PAMM-Pedagang dalam tempoh satu jam selepas Pedagang
menerima pelaburan.
-
Peruntukan proses keuntungan dan
kerugian bagi saham yang dilaburkan. Selepas mengkreditkan dana
yang dilaburkan ke dalam akaun Pedagang dan Syarikat akan mula
merekod keuntungan/kerugian ke atas saham yang dilaburkan oleh
Pelabur-PAMM. Pengiraan data dibuat pada setiap jam dan boleh
didapati di kabinet Pelabur-PAMM, dan juga di kabinet
Pedagang-PAMM.
-
Keselamatan pembayaran semula
wang dari akaun Pedagang-PAMM. Sekiranya terdapat permintaan untuk
pembayaran semula saham pemilikan dari akaun Pedagang-PAMM ke akaun
Pelabur-PAMM diterima, maka pihak Syarikat akan melaksanakan
permintaan ini dalam tempoh satu jam. Jumlah terhutang untuk
Pelabur sewaktu pembayaran semula dana mungkin berbeza daripada
jumlah itu, yang dipaparkan sewaktu pesanan dana, ini termasuklah
dalam keadaan apabila untuk saat data seterusnya mengira akaun
Pedagang-PAMM menerima Stop Out atau kehilangan semua dana.
-
Perlindungan dana Pelabur-PAMM
dari pengeluaran oleh Pedagang. Dalam tempoh dana Pelabur-PAMM
berada di dalam akaun Pedagang-PAMM dan pihak Syarikat memberikan
jaminan bahawa tidak akan ada trasaksi pengeluaran dibuat oleh
Pedagang-PAMM. Selain itu, Pedagang-PAMM tidak boleh menarik balik
sebahagian daripada dana yang digunakan dalam urus niaga.
- Tugas data kenalan.
-
Syarikat menyediakan data
kenalan Pedagang-PAMM (e-mel, nombor telefon) untuk akses terbuka
di halaman pemantauan akaun beliau untuk tujuan tugasan maklumat
yang lengkap. Maklumat ini boleh digunakan untuk berkomunikasi
dengan Pedagang-PAMM.
-
Syarikat juga menyediakan data
kenalan Pelabur-PAMM (e-mel, nombor telefon) hanya untuk
Pedagang-PAMM, dalam akaun untuk mereka yang melabur aset
Pelabur-PAMM.
-
Pedagang-PAMM mengakui hak
Syarikat untuk membatalkan sebahagian atau semua keuntungan yang
diperolehi oleh PT melalui sistem-PAMM, sekiranya pihak Syarikat
mendapati fakta-fakta berkaitan fitnah ke atas imej Syarikat
melalui kemudahan komunikasi, seperti mel elektronik, hubungan
dalam dengan pelabur, penerangan projek-PAMM di halaman pemantauan
dan lain-lain, dan juga di jaring sosial.
-
Syarikat berhak untuk mengubah
apa jua maklumat berkaitan projek-PAMM mengikut budi bicara
sekiranya terdapat penggunaan sepenuhnya atau sebahagiannya data
bertepatan atau sejajar dengan data yang dicatatkan sebelumnya
dalam projek-PAMM dan berpotensi untuk mencetuskan kekeliruan
kepada Pelabur-PAMM. Dalam beberapa kes, fasal ini membolehkan
Syarikat untuk menamatkan aktiviti projek-PAMM.
-
Hak dan kewajipan Pelabur-PAMM.
Pelanggan yang diwakili oleh Pelabur-PAMM adalah tertakluk kepada
hak dan kewajipan dalam rangka Perjanjian semasa ini, tambahan
hak-hak dan kewajipan, yang diterangkan dalam Perjanjian Tawaran
Pelanggan, diterima sewaktu pembukaan akaun dengan Syarikat. Hak-hak
Pelabur-PAMM dijalankan oleh kerana keadaan semasa perisian dan
perkakasan sistem PAMM Syarikat yang membenarkan. Setelah berlaku
kegagalan teknikal atau program dalam sistem, pihak Syarikat tidak
dapat menjamin pelaksanaan semua hak-hak Pelabur-PAMM.
-
Pengambilan Risiko. Pelabur-PAMM
mengakui bahawa faham dan bersetuju dengan amaran risiko yang
ditetapkan dalam Perkara 8 Perjanjian semasa ini. Pelabur-PAMM
mengesahkan bahawa mungkin terdapat risiko kandungan maklumat yang
tidak lengkap tentang risiko yang berpotensi dan bersetuju dengan
risiko-risiko lain, yang disebabkan oleh sebab-sebab yang mencukupi
daripada pihak Syarikat atau pihak ketiga.
-
Penerimaan sistem-PAMM teknikal.
Pelabur-PAMM menerima kesemua ciri-ciri kesedaran sistem-PAMM
teknikal, yang diterangkan dalam artikel 6 Perjanjian ini, dan
risiko, yang berkaitan dengannya.
-
Pengakuan status Syarikat dalam
rangka Perjanjian ini. Pelabur-PAMM bersetuju bahawa dalam rangka
Perjanjian ini, pihak Syarikat adalah merupakan sebuah pembekal
perkhidmatan akaun-PAMM teknikal, tidak menjalankan tanggungjawab
untuk keuntungan dan kerugian dalam apa jua operasi perdagangan,
berakhir di akaun Pedagang-PAMM.
-
Komunikasi bersama Pelabur-PAMM
mengenai pengurusan akaun. Pelabur-PAMM membincangkan semua soalan
mengenai pengurusan akaun pedagang-PAMM secara langsung dengan
pemilik, dengan menggunakan data kenalan, ditetapkan dalam artikel
3.5 pada Perjanjian semasa ini, jika tetapan akaun Pedagang-PAMM
tidak diberikan dalam sistem PAMM.
-
Pelaburan dana ke dalam akaun
perdagangan Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM boleh membuat permintaan
untuk dana pelaburan dalam akaun dagangan bagi memilih
Pedagang-PAMM dalam kabinet Pelabur-PAMM pada bila-bila masa.
Pelaksanaan permintaan untuk pelaburan tidak bermakna penerimaan
pelaburan dijamin oleh Pedagang-PAMM. Jumlah pelaburan akan dikira
dari akaun Pelabur-PAMM ke akaun Pedagang-PAMM selepas
Pedagang-PAMM menerima pelaburan. Pelaburan akan dikreditkan ke
akaun Pedagang-PAMM dalam masa satu jam selepas permintaan untuk
pelaburan diterima daripada Pedagang-PAMM. Jumlah pelaburan dari
seorang Pelabur-PAMM ke dalam mana-mana akaun Pedagang-PAMM adalah
tidak terhad.
-
Akses statistik akaun
Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM berpeluang untuk mengakses ke Statistik
pengiraan yang dikemaskini (normal - setiap jam), aset dan saham
dengan akaun Pedagang-PAMM pada bila-bila masa. Maklumat tersebut
boleh digunakan untuk membuat keputusan mengenai pembayaran balik
saham daripada akaun-PAMM, walau bagaimanapun ia adalah tidak
berapa tepat, kerana terdapat kelewatan sementara pada keadaan
normal yang tidak melebihi satu jam.
-
Pembayaran semula saham dari
akaun Pedagang-PAMM. Pelabur-PAMM boleh memohon pembayaran semula
saham daripada akaun Pedagang-PAMM pada bila-bila masa. Proses
pengiraan dan pembayaran semula saham mengambil masa satu jam
selepas permohonan diterima. Nilai sebenar daripada jumlah yang
terhutang untuk Pelabur-PAMM mungkin berbeza dari jumlah wang yang
dilihat sehingga pelaksanaan akhir pembayaran semula dana yang
dilaburkan dari akaun Pedagang-PAMM.
-
Hak dan tanggungjawab
Pedagang-PAMM. Sebagai tambahan kepada hak dan tanggungjawab
berdasarkan kepada tawaran-perjanjian Pelanggan, yang telah diterima
sewaktu pembukaan akaun dengan Syarikat, Pelanggan diberi hak dan
tanggungjawab dalam sempadan Perjanjian semasa ini. Pedagang-PAMM
berpuas hati dengan keadaan semasa program dan sokongan teknikal
sistem-PAMM Syarikat. Sekiranya berlaku kegagalan teknikal atau
program dalam sistem, Syarikat tidak boleh memberikan jaminan
prestasi semua hak pedagang-PAMM.
-
Andaian risiko. Pedagang-PAMM
mengesahkan bahawa telah memahami dan mengakui pemberitahuan
risiko, yang dinyatakan dalam bahagian 8 pada Perjanjian semasa
ini. Pedagang-PAMM mengesahkan bahawa pemberitahuan risiko ini
mungkin mengandungi sebahagian maklumat mengenai risiko yang
berkemungkinan dan bersetuju dengan apa jua risiko lain yang
disebabkan oleh sebab-sebab yang mencukupi dari Syarikat atau pihak
ketiga. Pedagang-PAMM mengakui tanggungjawab bagi kehilangan dana
dan Pelabur-PAMM, sekiranya berlaku kerugian dalam akaun
perdagangan.
-
Penerimaan ciri teknikal
sistem-PAMM. Pedagang-PAMM menerima semua ciri-ciri pelaksanaan
teknikal sistem-PAMM yang dinyatakan dalam bahagian 6 pada
Perjanjian semasa ini, dan risiko yang berkaitan denganya.
-
Penerimaan status Syarikat dalam
sempadan Perjanjian semasa ini. Pedagang-PAMM bersetuju bahawa di
dalam perjanjian ini, pihak Syarikat adalah merupakan pembekal
pelaksanaan teknikal perkhidmatan akaun-PAMM, melaksanakan
tanggungjawab urusniaga dagangan bagi keuntungan atau bukan
keuntungan ke atas akaun Pedagang-PAMM. Syarikat tidak mempunyai
kepentingan atau menerima faedah bagi mana-mana urus niaga
perdagangan atau keuntungan yang diperolehi oleh pedagang.
-
Komunikasi dengan Pelabur-PAMM
berkenaan pengurusan akaun. Pedagang-PAMM membincangkan semua
soalan mengenai pengurusan akaun Pedagang-PAMM secara langsung
dengan Pelabur-PAMM, menggunakan maklumat hubungan yang diberikan
dalam bahagian 3.5 pada Perjanjian semasa ini, jika tetapan akaun
dagangan bagi Pedagang-PAMM tidak dinyatakan dengan jelas dalam
sistem-PAMM. Dalam tempoh masa 72 jam, Pedagang-PAMM
bertanggungjawab untuk memproses sebarang pertanyaan Pelabur-PAMM-,
pada bila-bila masa selagi dana yang dilaburkan kekal berada di
dalam akaun Pedagang-PAMM dan dalam tempoh 30 hari selepas itu.
-
Pemantauan penempatan. Semasa
memndaftar di dalam sistem akaun-PAMM, Pedagang-PAMM ditambah
secara automatik ke dalam sistem pemantauan akaun, ia boleh diakses
di laman web rasmi Syarikat dan juga di kabinet Pelanggan.
Pemantauan akaun digunakan oleh Pelabur-PAMM untuk memilih
Pedagang-PAMM yang paling sesuai.
-
Penerimaan pelaburan dari
Pelabur-PAMM-. Sewaktu mendaftar dalam sistem-PAMM, Pedagang-PAMM
mengakui akan menerima kemungkinan untuk menerima pelaburan dari
Pelabur- PAMM, yang berhasrat untuk melabur dana. Pedagang-PAMM
berhak untuk menolak dana yang dilaburkan pada bila-bila masa
sebelum atau selepas pemindahan ke akaun beliau. Semua urus niaga
pendepositan dan pengeluaran pelaburan ke/dari akaun Pedagang-PAMM
hendaklah dibuat mengikut peraturan seperti yang telah dinyatakan
dalam bahagian 6 pada Perjanjian semasa ini.
-
Bayaran balik pelaburan kepada
Pelabur-PAMM. Bayaran balik pelaburan kepada Pelabur-PAMM berlaku
sekiranya terdapat satu daripada kes-kes yang berikut:
-
Pedagang-PAMM membuat permohonan
agar pedagang mengembalikan semula pelaburan kepada Pelabur-PAMM
dengan menekan butang pulangan pelaburan kepada Pelabur-PAMM di
kabinet Pelanggan;
-
Pelabur-PAMM meminta untuk
pemulangan semula pelaburan dalam akaun dengan memilih pilihan
yang betul di kabinet;
-
Syarikat memberikan pulangan
dana awal apabila dikehendaki oleh Pelabur melalui kontrak dengan
perkhidmatan sokongan.
-
Pembayaran separa kepada
Pedagang-PAMM. Apabila dari saat penerimaan pelaburan oleh
Pelabur-PAMM kepada Pedagang-PAMM, sehingga ke saat pengeluaran
dana dari akaun Pedagang-PAMM dengan tujuan pembayaran semula ke
akaun Pelabur-PAMM, keuntungan pada akaun, yang dikira berdasarkan
kepada sistem, seperti yang diterangkan dalam bahagian 6 pada
Perjanjian sema ini, telah diperoleh.
- Peraturan-peraturan teknikal sistem-PAMM.
-
Peraturan teknikal pada
sistem-PAMM merangkumi perihal tempoh masa dan jenis prosedur yang
ditetapkan dalam mod automatik. Setiap peserta projek PAMM mengakui
kemungkinan kegagalan dalam beberapa proses yang telah dinyatakan
dalam peraturan-peraturan teknikal dalam kes-kes apabila terdapat
kegagalan peralatan teknikal yang dimiliki oleh Syarikat atau
sebarang masalah teknikal yang lain.
-
Peraturan-peraturan teknikal sistem-PAMM meliputi perihal prosedur yang berikut:
- Pendaftaran Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM dalam kabinet Pelanggan yang diberikan oleh Syarikat;
- Rekod data kenalan Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM digunakan untuk komunikasi tiga pihak;
- Pelaksanaan permohonan pelaburan oleh Pelabur-PAMM;
- Penerimaan atau penolakan permintaan untuk pelaburan oleh Pedagang-PAMM;
- Pengiraan saham di dalam akaun Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM pada masa pembiayaan pelaburan dan mata pengiraan;
- Pelaksanaan permohonan Pelabur-PAMM untuk bayaran balik;
- Pembayaran semula bahagian Pelabur-PAMM;
- Pembayaran semula keuntungan Pedagang-PAMM selepas bayaran balik kepada Pelabur-PAMM;
- Pembiayaan akaun pelaburan oleh Pedagang-PAMM;
- Pelaksanaan permintaan pengeluaran wang yang dibuat oleh Pedagang-PAMM;
- Pelaksanaan permintaan pengeluaran wang oleh Pedagang-PAMM;
- Pengiraan bahagian dan keuntungan;
- Penyediaan akses kepada data statistik dalam bentuk pemantauan dan akaun perincian yang tersedia untuk setiap Pelabur-PAMM;
-
Pendaftaran Pelabur-PAMM.
Pelabur-PAMM didaftarkan apabila Perjanjian ini diterima dalam
kabinet Pelanggan yang disediakan oleh pihak Syarikat. Dalam proses
pendaftaran, maklumat Pelabur-PAMM diperlukan (seperti nombor
telefon dan alamat e-mel), yang selanjutnya akan disalur kepada
Pedagang-PAMM-, ke dalam akaun Pelabur-PAMM yang bercadang untuk
melabur. Selepas pendaftaran, data kenalan boleh ditukar pada
bila-bila masa mengikut kehendak Pelabur-PAMM. Selepas Pelabur-PAMM
mendaftar di kabinet PAMM, pelabur berpeluang untuk mengakses
Pelabur-PAMM di Kabinet Syarikat. Pautan ini boleh diakses oleh
Pelabur-PAMM selepas selesai mendaftar dalam sistem-PAMM.
-
Pendaftaran Pedagang-PAMM.
Pedagang-PAMM didaftarkan apabila dia telah menerima Perjanjian ini
di Kabinet Pelanggan, yang disediakan oleh Syarikat. Dalam proses
pendaftaran, maklumat mengenai Peniaga-PAMM diperlukan (seperti
nombor telefon dan alamat e-mel, ID messengers), yang selanjutnya
akan disalur kepada Pelabur-PAMM, yang akan melabur di dalam akaun
Pedagang-PAMM. Selepas pendaftaran, maklumat ini boleh ditukar pada
bila-bila masa mengikut kehendak Pedagang-PAMM. Selain daripada
maklumat perhubungan, semasa Pedagang-PAMM mendaftar ia telah
menubuhkan saiz keuntungan yang kena dibayar kepadanya, yang akan
ditolak daripada jumlah keuntungan, kembali ke Pelabur-PAMM.
Selepas pedagang PAMM mendaftar, kabinet PAMM beliau yang ada di
Kabinet Syarikat sudah boleh diakses ke Pedagang-PAMM. Pautan ini
boleh diakses ke Pedagang-PAMM selepas mendaftar ke dalam
sistem-PAMM.
-
Permohonan pelaburan oleh
Pelabur-PAMM. Permohonan pelaburan oleh Pelabur-PAMM dibuat di
kabinet PAMM dengan pilihan daripada satu akaun pedagang-PAMM yang
dinyatakan dalam pemantauan. Dana ditolak daripada akaun
Pelabur-PAMM selepas permohonan pelaburan diterima. Apabila
aplikasi untuk pelaburan oleh Pedagang-PAMM diterima, wang akan
dipindahkan ke akaun Pedagang-PAMM, dan pelabur-PAMM akan mendapat
keuntungan dari akaun Pedagang-PAMM, yang berkadaran dengan
pelaburan dalam akaun. Jika permohonan untuk pelaburan ditolak oleh
Pedagang-PAMM, dana akan dikembalikan semula ke akaun Pelabur-PAMM.
-
Pedagang-PAMM melihat aplikasi
baru untuk pelaburan di dalam akaun mereka dalam kabinet PAMM
mereka. Pedagang boleh menolak atau mengesahkan setiap permohonan
baru dengan memilih pilihan yang sama di kabinet 72 jam dari masa
permohonan untuk menerima pelaburan. Sekiranya tidak ada sebarang
tindakan daripada pihak Pedagang-PAMM mengenai permohonan yang
diterima untuk pelaburan dalam akaun dagangan dalam tempoh 3 hari
dari tempoh penerimaannya, maka dana akan dikembalikan ke akaun
Pelabur-PAMM.
-
Untuk sebarang transaksi
pendepositan atau pengeluaran dana ke/dari akaun Pedagang-PAMM,
akan terdapat pengiraan semula bahagian untuk semua akaun
Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM. Pengiraan saham dibuat melalui
potongan daripada jumlah pelaburan setiap Pelabur-PAMM dalam akaun
dan Pedagang-PAMM, dan peratusan bahagian-bahagian ini dalam jumlah
keseluruhan dana pada akaun. Berdasarkan kepada statistik
keuntungan bahagian pada setiap Pelabur-PAMM akan dipertimbangkan
selanjutnya. Pengemaskinian maklumat ke atas keuntungan adalah
diskret, iaitu dibuat sekali dalam satu tempoh masa. Maklumat yang
dikumpulkan berkenaan keuntungan dan bahagian akan dipaparkan di
laman Kabinet setiap akaun Pelabur-PAMM, dan juga di kabinet
Pedagang-PAMM.
-
Permohonan bayaran balik oleh
Pelabur-PAMM. Pendaftaran untuk permohonan bayaran balik oleh
Pelabur-PAMM dibuat dengan memilih pilihan yang betul di kabinet
Pelabur-PAMM. Bayaran balik dipindahkan dalam beberapa tempoh masa,
yang mungkin berlanjutan sehingga 2 jam bagi situasi normal.
Pelabur bersetuju bahawa keuntungan atau kerugian pada saat
pembayaran semula ke dalam akaun-PAMM, mungkin berbeza daripada
data yang dilihat dalam statistik-PAMM pada tempoh pendaftaran
permohonan dibuat.
-
Pulangan semula bahagian
Pelabur-PAMM. Pulangan semula bahagian Pelabur-PAMM ini dibuat
melalui potongan daripada dana, bersamaan dengan bahagian mutlak
Pelabur-PAMM dengan akaun Pedagang-PAMM, dan pemindahan dana ini
kepada akaun Pelabur-PAMM. Urus niaga ini mendahului transaksi
pembayaran bahagian keuntungan Pedagang-PAMM.
-
Pulangan keuntungan bahagian
Pedagang-PAMM adalah selepas saham Pelabur-PAMM dikembalikan.
Pulangan keuntungan bahagian Pedagang-PAMM adalah selepas pulangan
bahagian Pelabur-PAMM dibuat di mana pemindahan wang yang kena
dibayar ke akaun perdagangan Pelabur. Untuk pengiraaan keuntungan
bahagian adalah berdasarkan kepada tahap keuntungan pedagang,
menerima di antara saat pemindahan dana oleh Pelabur-PAMM ke akaun
Pedagang-PAMMdan saat pelaburan ditolak dari akaun Pedagang-PAMM
dan bahagian berkadaran Pelabur-PAMM, digunakan. Pengiraan
keuntungan Pedagang-PAMM akan dibuat hanya jika antara saat
pemindahan dana Pelabur-PAMM ke akaun Pedagang-PAMM dan saat
potongan pelaburan daripada keuntungan akaun Pedagang-PAMM, dikira
seperti yang dinyatakan pada bahagian 6.13 Perjanjian ini,
diterima.
-
Pendepositan akaun pelaburan
oleh Pedagang-PAMM. Pendepositan ke dalam akaun pelaburan oleh
Pedagang-PAMM dibuat berdasarkan kepada prosedur pendepositan
standard pada akaun dagangan di bahagian keselamatan pada laman web
rasmi Syarikat. Wang dipindahkan ke akaun Pedagang-PAMM dalam
beberapa tempoh masa selepas diterima oleh Syarikat. Hasilnya,
Pedagang-PAMM berpelung untuk meningkatkan bahagiannya dalam akaun
dagangan, jika terdapat dana Pelabur-PAMM ini.
-
Permohonan pengeluaran untuk
Pedagang-PAMM-. Pendaftaran permohonan untuk pengeluaran oleh
Pedagang-PAMM dibuat di bahagian keselamatan pada laman web rasmi
Syarikat. Semasa pendaftaran pengeluaran Pedagang-PAMM, ia bukan
menunjukkan jumlah pengeluaran, tetapi bahagian peratusan daripada
dana yang terdapat di dalam akaun, yang tidak terlibat dalam urus
niaga. Walaupun mendaftar permohonan untuk penarikan semula 100%
daripada dana yang ada pada Pedagang-PAMM, tidak semua dana akan
ditarik balik dari akaun Pedagang-PAMM, jika terdapat urus niaga
terbuka di pasaran, maka hanya bahagian bebas daripada urusniaga
sahaja yang akan diberikan untuk Pedagang-PAMM.
-
Proses permohonan pengeluaran
oleh Pedagang-PAMM. Dana tersebut akan ditolak dari akaun
Pedagang-PAMM dalam beberapa tempoh masa selepas permohonan
diterima. Kesan daripada pengeluaran dana dari akaun dagangan,
Pedagang-PAMM akan mengurangkan bahagiannya dalam akaun dagangan,
jika terdapat dana Pelabur-PAMM pada akaun.
-
Pengiraan bahagian dan
keuntungan.
- Bahagian dan keuntungan dari akaun pamm akan dikira untuk setiap Pelabur-PAMM dan Pedagang-PAMM. Pengiraan bermula apabila:
- Pelaburan dikreditkan ke akaun
pamm;
- Pelaburan ditarik balik dari
akaun pamm;
- Pedagang-PAMM membuat
pendepositan wang atau membuat pengeluaran wang dari akaun pamm;
- PAMM dikreditkan dengan rebat.
- Bahagian dan keuntungan dikira dengan mengambil kira:
- Pelabur Baru PAMM;
- Pengeluaran bahagian yang dipegang oleh Pelabur-PAMM aktif;
- Keuntungan atau kerugian dalam akaun;
-
Rebat yang dikreditkan
ke akaun PAMM. Kesemua pengiraan ini dibuat menggunakan nilai
Ekuiti tetapi bukan Imbangan akaun. Formula yang digunakan untuk
pengiraan adalah rahsia perdagangan Syarikat, bagaimanapun,
pengiraan sentiasa dibuat mengikut keuntungan sebenar dan
kerugian dalam akaun perdagangan, dan ia menjamin ketepatan
kesemua pengiraan dalam keadaan normal (ketiadaan kegagalan
teknikal dari Syarikat).
- Menyediakan akses kepada data statistik sistem-PAMM. Data statistik sistem-PAMM termasuklah:
- Pemantauan akaun yang berada di dalam kabinet pedagang yang disediakan oleh Syarikat. Hasil pemantauan mungkin akan dipaparkan di laman web rasmi Syarikat atau di laman web rakan niaga rasmi;
- Maklumat mengenai baki dan ekuiti yang diterima semasa pengiraan data terakhir akaun Pedagang-PAMM;
-
Maklumat tentang sejarah
pelaburan dan pelaburan semasa yang dibuat kepada akaun
Pedagang-PAMM. Akses kepada data statistik yang disediakan oleh
Syarikat dengan tujuan kawalan telus untuk akaun Pedagang-PAMM,
tetapi secara teknikal mengandaikan masa kelewatan dalam
mengemaskini statistik yang tidak melebihi tempoh masa yang
mencukupi (sebagai peraturan, tidak lebih daripada 1- 2 jam).
- Penggunaan bonus dalam akaun PAMM
-
Sekiranya melabur wang bonus,
jumlah wang yang dilaburkan masih dikira sebagai dana bonus pada
akaun Pelabur-PAMM (tanpa mengira baki akaun Pelabur-PAMM samada
rugi sepenuhnya atau sebahagian daripada dana yang dilaburkan ke
dalam akaun Pedagang-PAMM).
-
Sekiranya Pelabur-PAMM mengalami
stop-loss pada akaunnya dan telah menarik balik wangnya dari itu,
sebahagian daripada dana bonus yang kami sudah lakukan sebelum Stop
Out, hendaklah dibatalkan.
-
Sekiranya jumlah bonus yang
didepositkan ke akaun Pelabur-AMM untuk pelaburan melebihi 30%
daripada jumlah keseluruhan aset sebenar pada akaun selepas
pelaburan, sebahagian daripada bonus yang bersamaan dengan
perbezaan antara jumlah ini akan dibatalkan (Jumlah keseluruhan
bonus yang didepositkan hendaklah dikira tidak termasuk jumlah wang
bonus yang dibatalkan).
-
Pelabur-PAMM tidak seharusnya
mengasaskan perdagangannya semata-mata kepada baki dana bonusdalam
akaun selepas melabur ke dalam Akaun Pedagang-PAMM.
-
Bonus boleh dikeluarkan dari
akaun PAMM selepas pedagang menutup kedudukan dengan jumlah
dagangan songsang berkadaran dengan purata bahagian pedagang di
dalam akaun ini kerana ia telah didaftarkan. Dengan terma dan
syarat-syarat yang berkaitan dengan akaun PAMM tertentu, mungkin
terdapat perbezaan di antara statistik ke atas bonus dan jumlah
sebenar perdagangan dilaksanakan yang diperlukan untuk pengeluaran
bonus. Untuk mengeluarkan bonus dari akaun dagangan, sila hantarkan
permohonan kepada bonuses@instatrade.com.
-
Sekiranya, sebaik pelaburan,
jumlah keseluruhan semua bonus, termasuk yang dibatalkan, melebihi
55% daripada jumlah margin bebas pada akaun Pelabur-PAMM selepas
pelaburan, akaun yang dikreditkan dengan bonus 55% dan mempunyai
pengkamiran akan dibatalkan.
-
Untuk akaun yang dikreditkan
dengan bonus 55%, pelaburan dalam PAMM adalah terhad kepada 50%
daripada jumlah semua bonus yang diterima. Sekiranya had ini gagal
untuk dipatuhi, maka bonus melebihi 55% daripada baki akan
dibatalkan.
- Pemberitahuan Risiko
- Dengan mendaftar, Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM berpeluang untuk menerima pemberitahuan risiko ini, yang merangkumi situasi prinsip bermasalah.
- Pelabur-PAMM dengan jelas memahami kemungkinan kerugian keseluruhan dana akibat daripada kegagalan Pedagang-PAMM.
-
Pedagang PAMM memahami dengan
jelas, bahawa maklumat yang terdapat dalam statistik sistem-PAMM
dinyatakan pada bahagian 6.14. Perjanjian semasa ini, mungkin
berbeza daripada sebenar, khususnya, Pedagang-PAMM berkemungkinan
akan menanggung kerugian sebahagian besar deposit pada masa ini,
apabila statistik masih memaparkan maklumat 'out-of-date'.
Kelewatan dalam paparan dana dan pengiraan, dan beberapa maklumat
lain mengenai akaun Pedagang-PAMM adalah ciri teknikal sistem PAMM
dan dalam keadaan normal tidak melebihi 1-2 jam.
-
Pelabur-PAMM memahami risiko yang
berkaitan dengan keadaan, apabila pesanan untuk pulangan pelaburan
yang dibuat pada saat paparan statistik 'out-of-date', dan data
yang sebenar mungkin berbeza daripada masa pulangan pelaburan dan
pengiraan bahagian dari akaun Pedagang-PAMM yang perlu dibayar
kepada Pelabur-PAMM.
-
Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM
sepenuhnya bersetuju dengan risiko, yang berkaitan dengan kelewatan
proses permohonan oleh sistem-PAMM, di mana untuk situasi normal,
proses secara automatik akan mengambil masa dalam 1-2 jam.
Sekiranya gangguan teknikal daripada pihak Syarikat berlaku, proses
permohonan seperti pemindahan atau bayaran balik pelaburan, dan
juga mengemas kini statistik, adalah tidak dijamin. Pedagang-PAMM
dan Pelabur-PAMM bertanggungjawab untuk risiko, yang berkaitan
dengan kelewatan proses oleh sistem-PAMM, yang disebabkan oleh
gangguan teknikal daripada pihak Syarikat dan membawa kepada
kerugian pada mana-mana pihak.
- Pelabur PAMM dan pedagang PAMM mengesahkan mereka menerima risiko yang berkaitan dengan kemungkinan pembetulan atau menolak prestasi pelaburan untuk kedua-dua pihak, jika pelabur PAMM atau pedagang PAMM memperoleh keuntungan dengan melanggar peraturan Syarikat.
- Pertimbangan tuntutan dan aduan dalam Syarikat.
- Pedagang-PAMM dan Pelabur-PAMM berjanji untuk mempertimbangkan kesemua tuntutan mengenai kualiti teknikal kerja sistem-PAMM melalui surat-menyurat dengan Syarikat, tanpa kemungkinan pendedahan maklumat.
-
Syarikat berjanji untuk
mempertimbangkan kesemua aduan dan tuntutan hanya pada subjek
sistem kerja PAMM (tetapi tidak ke atas keuntungan atau bukan
keuntungan perdagangan sistem-PAMM) dalam tempoh 30 hari kalendar
dari tarikh penerimaan tuntutan/aduan.
- Semua aduan dan tuntutan yang diterima dianggap mengikut Perjanjian ini dan norma-logik akal, apabila aspek kerja tidak diterangkan dengan tepat dalam Perjanjian ini.
- Bahasa
- Bahasa yang diguna pakai dalam Perjanjian ini adalah Bahasa Inggeris.
- Bagi kemudahan Pelanggan, pihak Syarikat telah menyediakan versi terjemahan selain daripada bahasa Inggeris. Fungi terjemahan ini hanya bertujuan untuk maklumat semata-mata.
- Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa terjemahan, maka terma dan syarat-syarat Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai sumber rujukan utama.